Bagaimana cara untuk mendapatkan dan menggunakan Baucar CDC anda
Halaman ini menyediakan panduan langkah demi langkah kepada penduduk tentang cara mendapatkan dan menggunakan Baucar CDC mereka, termasuk kaedah penuntutan, skop penggunaan, dan cara berbelanja di premis peniaga yang mengambil bahagian.

Cara Mendapatkan dan Menggunakan Baucar CDC anda

1: Lungsuri go.gov.sg/cdcv
Klik pada ‘CDC Vouchers 2026 (January)’

2: Log masuk menggunakan Singpass
Hanya seorang anggota keluarga sahaja yang perlu dapatkan bagi pihak keluarga

3: Terima pautan Baucar CDC anda melalui SMS, daripada gov.sg.
Hantarkan SMS tersebut kepada anggota keluarga supaya mereka juga dapat menggunakan baucar

4: Pilih jenis baucar dan jumlah yang ingin anda gunakan
Tunjukkan kod QR kepada peniaga yang mengambil bahagian untuk diimbas
Gunakan baucar anda selawat-lewatnya pada 31 Disember 2026.
Jika anda tidak ada telefon bijak, Singpass, atau memerlukan bantuan, sila pergi ke Balai Rakyat/Kelab Masyarakat yang terdekat antara 10 pagi hingga 6 petang (kecuali Cuti Umum).
Talian penting: 6225 5322
*Gambar-gambar hanya sebagai contoh sahaja.
