Bagaimana cara untuk mendapatkan dan menggunakan Baucar CDC anda
Cara Mendapatkan dan Menggunakan Baucar CDC anda
1: Lungsuri go.gov.sg/cdcv. Klik pada ‘CDC Vouchers 2026 (January)’.

2: Log masuk menggunakan Singpass. Hanya seorang anggota keluarga sahaja yang perlu dapatkan bagi pihak keluarga.

3: Terima pautan Baucar CDC anda melalui SMS, daripada gov.sg. Hantarkan SMS tersebut kepada anggota keluarga supaya mereka juga dapat menggunakan baucar.

4: Pilih jenis baucar dan jumlah yang ingin anda gunakan. Tunjukkan kod QR kepada peniaga yang mengambil bahagian untuk diimbas.

Gunakan baucar anda selawat-lewatnya pada 31 Disember 2026.
Jika anda tidak ada telefon bijak, Singpass, atau memerlukan bantuan, sila pergi ke Balai Rakyat/Kelab Masyarakat yang terdekat antara 10 pagi hingga 6 petang (kecuali Cuti Umum).
Talian penting: 6225 5322
*Gambar-gambar hanya sebagai contoh sahaja.